Canva Mindmap Dan Kdb (E-Learning)
16 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu Canva Mindmap online dan tayangan Klik Dengan Bijak. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti dalam diri seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana, mindmap online dapat membantu dalam memudahkan sesuatu kerja kerana mindmap online sudah sedia ada dengan template yang menarik dari platform canva. Seterusnya, mindmap online dapat digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Dengan itu, mereka boleh memilih font, template, warna font, background dan sebagainya.
Disamping itu juga, canva memudahkan mereka untuk mengulangkaji pelajaran kerana canva akan autosave hasil kerja mereka dan mereka dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih berkesan serta lebih cepat. Selain itu, pengisian dengan tayangan Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber. Dengan adanya tayangan klik dengan bijak dapat memberi kesedaran kepada mereka supaya tidak membuli dan lebih berhati-hati semasa diatas talian. Oleh itu, mindmap yang dihasilkan oleh para peserta menjadi lebih menarik dan cantik serta senang untuk diulangkaji.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: